Friday, October 23, 2009

cpe 2??


chak!!!


spe kat ats 2??
2 la my dear bro!!
abg kesayangan ak.. Nama die hairil azree..
ak syang die..mesti die pon syg ak.. Sbb ak kan adk tercomel die..hehe..
nie gambar bro msa mude2..
hahaaha..
bro jagan marah adk!!
bro!adik sayang bro!jgn cdeh2 ea..



Friday, September 4, 2009

Manusia , Malaikat , Syaitan .....

Chak!!!

Manusia - Eh, dah subuh dah?
Malaikat - bangunlah wahai anak Adam, tunaikan solat subuh mu .....
Syaitan - Alahhhhhh, kejaplah, ngantuk ini...awal lagi nie?.zzzzzzzz

Manusia - Nak makan, laparlah ??
Malaikat - Wahai Anak Adam, mulakanlah dengan Bismillah... ..
Syaitan - Ahh, tak payahla... dah lapar ini !! mmm..sedapnyaaaa? .....

Manusia - Hari ni nak pakai apa ye?
Malaikat - Wahai anak Adam, pakailah pakaian yang menutup aurat..
Syaitan - Ehh, panaslah, takde style langsung, nampak kampung!!!

Manusia - Alamak, dah lewat!
Malaikat - Bersegeralah wahai manusia , nanti terlewat ke pejabat..
Syaitan - Ahhh?awal lagi?mmm..aaahh? suruh si X, punchkanlah?

Manusia - Azan sudah kedengaran.. .....
Malaikat - Wahai anak Adam, bersegeralah menunaikan kewajipan
Syaitan - Baru pukul berapa.. rilex lah..awal lagi nieii?.

Manusia - Eh, eh... tak boleh tengok ini, berdosa...
Malaikat - Wahai anak Adam, alihkanlah pandanganmu, sesungguhnya Allah Maha Melihat dan mengetahui !
Syaitan - Perggghh... best tu... . rugi ooo kalau tak tengok nie..

Manusia - Saudaraku sedang melakukan dosa..
Malaikat - Wahai anak Adam, cegahla ia..
Syaitan - Apa kau sibuk? Jangan jaga tepi kain orang, lantaklahh? ...

Manusia - Elok kalau aku sampaikan nasihat ini kepada orang lain
Malaikat - Wahai anak Adam, nasihat-menasihatil ah sesama kamu..
Syaitan - Sendiri pikirlah, semua dah besar, buat apa susah2... pandai2lah?

Manusia - aku telah berdosa..
Malaikat - Wahai anak Adam, bertaubatlah kamu,sesungguhnya Allah Maha Pengampun.
Syaitan - Tangguhlah dulu, lain kali boleh bertaubat... lagipun muda hanya sekali....rugila. ...... (kalau sempatla)

Manusia - Kalau pergi, mesti seronok!
Malaikat - Wahai anak Adam, kakimu ingin melangkah ke jalan yang dimurkai Allah, berpalinglah dari jalan itu .....
Syaitan - Jangan bimbang, tiada sesiapa yang tahu...Jomlahhh?

Manusia - Uuhhh?letihnya arini..tak solat lagi nieee?.
Malaikat - Wahai anak Adam, taatilah Allah dan RasulNYA, kebahagiaan di dunia dan akhirat untukmu. Solat itu wajib bagimu...
Syaitan - Hey anak Adam, ikutilah aku,kebahagiaan di dunia (sahaja) dan kebahagiaan diakhirat (jangan mimpilah!) untukmu....

Friday, August 28, 2009

Nseb Badan....

Chak!!!!

Peh lama dah ak x tulis blog nie.. Bkan pe xda msa la nak tulis kat sini.. Maklumlah dah start stdy balik sume benda menimbun.. Assigment, kuiz, test mcm2 la.. Nie ak nk cte pasal projek ak lgi.. Sadis la ak rasa nseb ak n ahli group ak yng lagi 2 owg 2.. Ktowng dah dapat penyelia baru Pn maryana mmg otai TM la 2.. Patutnya die nk g smbung stdy tapi ak x tau disebabkan pe die tangguh stdy n mengajar semula.. So die pon ditugaskan menggantikan penyelia ktowng Cik Khuzma yang dah pindah 2.. Pn maryana x setuju tajuk ktowng nak wat sos daun jambu 2.. Die nak wat tajuk len tapi msih berasaskan daun jambu.. daun jambu mmg dah sedia tau ad bahan anti mikrob so ktowng wat tjuk KESAN PENGEKSTRAKAN DAUN JAMBU BATU TERHADAP KOLONI MIKROORGANISMA PEROSAK DALAM MAKANAN.. Ktowng wat la proposal sume n present.. Tapi ktowang mmg kena hentam la ngan penyelaras pojek.. Tanya mcm2 soalan la dan kaedah pengekstrakan yng ktowng nak gne kan x lepas.. Rupe2nya penyelia ngan penyelaras 2 x sebulu dari dulu g.. Mungkin 2 salah satu faktor projek ak msih x lepas2.. Puas ak kejap jmpe penyelia kejap jmpe penyelaras.. penyelia ckp mcm nie.. Penyelaras ckp mcm 2.. Mmg sakit la bengang pon ad.. Ak bengang ngan penyelaras 2 yela die bleh accept tajuk yng simple2 tapi tajuk ak nie die x leh trima.. Ad je yng x kena.. Lau tjuk simple cam penghasilan produk 2 die trima lak mmg panas ati la mcm nie.. Last ak jmpe penyelia ak.. die nshtkan ktowng suh tkar tajuk.. Die suh ktowng pk produk pape pon la janji leh wat projek.. die kata lau die degil gak nk teruskan projek die 2 tkut nnt menyusahkan ktowng.. Sbb nnt sampai present projek akhir ktowng mesti kna aim n kena hentam gle2 punye.. Sbb benda mcm nie dah pernah berlaku kat student sblim nie yang di bawah seliaan penyelia ak 2.. Ak x sangka la smpai mcm nie skali politik dalam 2.. Tapi ak rasa x ptt la nk wat cm2 lau papehal projek ak x berjaya, xpasal2 kena tmbah sem semata2 nak wat projek akhir.. Aku x nak!!! Pk la cket ak rasa tindakan sesetengah pihak ni tanpa dowang sedari dah menimbulkan penganiayaan terhadap student mcm ak ni..

Tuesday, August 11, 2009

Proposal!! tidak!!!

Chakkk!!!
Adoi!! Nie ak nak cte pasal proposal utk projek ak yang x siap lg.. Lansung x berjalan dengan lancar pon.. Pening la pale otak pikir pasal proposal projek ni..
Dah la ngan penyelia ak plk x da sbb die dah x jadi lect kat poli 2 lagi.. Penyelaras projek plk outstation sampai khamis nie proposal plak kena anta jumaat ni mampus ak.. Mle2 ktowang dah cadang nak wat sos pucuk daun jambu.. Ble dah anta tajuk n rasanya x kena reject kot.. Ktowang kna setelkan proposal nie time cuti sem ari 2. Tapi faham2 la ble dah cuti kan keje plk keje grouping ble cuti mana dapat nak jmpe so keje pon terkubur la sampai nek cuti.. Dengan blurnya nk wat sowang pon x tau nak mle cmana.. So ble dah nek cuti bajet nak jmpe penyelia last2 dapat tau penyelia dah x da dah pindah plk.. Pas2 ble bincang balik ad group membe beri cadangan nak wat analisis je.. Sbb lau wat produk kena wat analisis jgk produk pon belum tentu jadi lagi.. Ble pk2 balik btol jgk tapi masalahnya skrang ktowang xda penyelia tok berbincang pasal benda nie.. Adoooiiiiii.. Ntah la tgk la cmana ak pk2 kan.. Betul2 terasa cam ilang mak plk ble xda penyelia ni.. Hehe.. Naseb la nak wat cmana kena la blaja berdikari sementara nak dapat mak or papa baru ke.. Huhu..

Wednesday, August 5, 2009

Polisas Tutup!!

Chakk!!
Ari ni masuk sehari setengah aku kt umah.. Patutnya ari isnin lepas ak ad pendaftaran kat poli.. Tapi disebabkan pelajar asrama dikuarantin ak pon x g la pendaftaran.. Yang mendaftar hanyalah pelajar luar sahaja.. Tapi tengah2 dok mendaftar baru sampai separuh je pendaftaran dah ad pengumuman pendaftaran dibatalkan dan ditaangguhkan kepada minggu depan.. Pelajar arama pulak yang sakit kna kuarantin..
Yang sihat pon sma cume yang sakit n yang sihat diasingkan di blok bersebelahan..
Pelajar yg sihat dibenarkan balik tetapi hendaklah dijemput oleh ibu, bapa atau penjaga.. So rmai la dak2 kamsis yang mak bapak datang amek..
Ak n dak2 blik dah mental dah nak dok asrama seminggu xda wtpe, nk kua x leh, x kn nk suh ayh amek jauh plk 2.. Ak pon dah terpk rancangan best.. Nak kua curi2.. Ak ngan dak bilik berempat n beberapa owg AJK lg pon mle r operasi.. Sok pg2 kol 7 ktowang dah kua.. Sampai kt pagar dpn kna tahan ngan pak gurd.. Puas la memasing reka ayt ckp borng kua asrama dah abeh la.. Ktowang dah tulis nma kt felo la.. Tp mmg ktowng dah bg nma nk balik taw.. Tp pk gurd 2 ttp nk tahan ktowng.. Nseb bek ad akak gurd 2 knal ktowang die kta ktowng dak lama.. smalam nak daftar x jadi.. HAHA.. Nseb bek akak 2 ad.. Die x tau ktowang sume AJK..
Xnk la ak dok kt kamsis 2 sminggu x wt pe.. Bek balik umah lg best.. Dapat gak ak balik kg ujung minggu nie.. Kat kg wat lemang.. maklumla nk pose dah ni kan.. Lgpon kt kamsis 2 yng skit lg ramai dri yng sihat.. Ak yng sihat ni leh sakit lau lepak c2 lama2..

Sunday, August 2, 2009

H1N1 attack!!!

Chakkk!!
Ptang tadi aku baru je sampai poli.. Lau ikutkan sepatotnya ak kna balik jumaat ari 2 g.. Ak dapat msg AJK kna datang awal.. HAHA.. Jgn arap r.. ak kan dah senior sem nie pegi mampos la kan.. Ikut ske ati ak la nk balik ble pon hehe..
Tapi tadi ak bru je sampai poli ak dah gempar dengan berita H1N1.. Wt masa nie blom ad lg la yang positif.. Cume suspek 2 ramai la.. Arap2 la wabak ni x menular lagi..Sume dak2 yang suspek 2 dikurantinkan kat kamsis A .. Pastu dak2 nie plk sibuk ketuk pintu tanya bleh balik ke x.. Nek tension ak cpt btol berita angn tersebar.. Yg ak bengang nya downg nie x nak tunggu arahan pas sowng2 dtg ketuk pintu tanya leh balik ke tak.. Ktowang pon x dapat pape arahan yang mengatakan leh balik downg lak pandai2 ckp ramai kta leh balik.. Wlaupon dowang berada di pihak majoriti yg mengatakan leh balik tapi selagi x kuar arahan dari felo n pihak atasan jgn arap la leh balik kan.. X pakai akal la dowang ni..

Friday, July 24, 2009

Ais Kacang vs ABC

Chak!!!

Hye.. Nie ak nak cte stu kisah yang ak rasa mencuit hati la jgk.. Mesti sume biasa mkn ABC kan tapi kali nie kisah ABC nie agak lucu la bagi ak.. Kisah nie berlaku kat kwn ak.. Ktowng nie kire bek gak la satu kelas n dok sbilik.. Die nie merupakan orang Taiping perak dan kampung kelahiran plk kt Peneng.. Jadi loghat die ckp 2 lbeh ke arah utara la jgk.. Lau sesipa yng x kenal die mesti igt die dr kedah or Peneng pasal loghat die mmg pekat belah sana.. Satu hari 2 die lepak kedai mamak dan teringin nak makan ABC.. Die pon pesan la kat mamak 2 "Ais Kacang satu mamak" dengan yakinnya.. Beberapa minit kemudian mamak 2 pon datanglah hantar ais kacang kt meja die.. Kwn ak nie sikit punye pelik tengok 'ABC ' die 2 sbb selama nie ais kacang die ad susu ad kacang ad cincau, jagung sume lah.. Tapi ais kacang yang di dapat 2 cume ad ais hancur kosong ngan kacang je.. Tengah dok melayan kepelikkan die 2 baru die teringat yang die dkt Kuantan bkan kat Peneng.. Orng ktn pngil ABC die kt peneng panggl ais kacang 2 ABC sbnrnya ad sikit salah fham bhasa la kt sini.. Ntah2 mamak kedai 2 pon pelik apasal la bdak ni mintak ais kacang.. Mamak 2 pon men bedal je bagi ais kosong ngan kacang merah.. HAHA.
Kesimpulannya disini len kali tengok la dulu kat negeri mana kita berada sekarang.. Masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang rimau mengaum la.. Jangan sampai kena baham rimau dah la..

Tuesday, July 21, 2009

Kisah dan tauladan..

Chak!!!

Kisah ini berlaku pada zaman dulu2 kala sebenarnya.. Ada seorang bapa bersama seorang anak lelaki dan seekor keldai.. Si ayah berkata kepada anaknya "wahai anakku, kau lihat nanti apa sahaja perlakuan kita pasti akan diperkatakan orang".. Anak yang masih tidak mengerti tercengang-cengang tapi masih menurut langkah si ayah..
Si ayah menyuruh anaknya menunggang keldai manakala ayah berjalan sambil menarik tali keldai.. Apabila tiba di suatu kawasan orang ramai, tiba2 terdengar suara mengatakan " eh tengoklah ank 2 tak berhati perut.. Ada ke patut dibiarkan ayahnya yang tua berjalan sedangkan dia masih muda kudratnya masih kuat enak sahaja menunggang keldai.." Si ayah hanya memandang sepi..
Kemudian si ayah pula menyuruh anaknya menarik keldai manakala ayah menunggang keldai itu.. Tiba pula di satu kawasan masih lagi terdengar suara2 sumbang berbunyi.. Kali ini lain pula iramanya.. "Tak patut betul orang tua 2.. Ada ke anaknya yang kecil disuruh menarik keldai sedangkan die bersenang-senang menunggang.. Tak berperi kemanusiaan sungguh" terdengar satu suara berbunyi.. Si ayah hanya mampu tersenyum..
Si ayah kemudiannya menyuruh anaknya menaiki keldai dan mereka sama2 menunggang keldai tersebut.. Masih juga keadaan yang sama seperti tadi.. Perlakuan mereka masih tetap di perkatakan orang.. Kali ini seorang wanita pula bercakap "Hey ada ke patut kedua2 nya menunggang seekor keldai.. Keldai itu dah la kecil sahaja masakan mampu membawa dua beban sekali gus"..
Akhirnya si ayah mengambil keputusan mengendong keldai tersebut.. Si ayah memengang kaki hadapan manakala anaknya memengang kaki belakang.. Si ayah masih ingin lihat apa lagi yang akan diperkatakan oleh orang sekeliling.. Tentu sahaja melihat keadaan ini orang pasti akn berkata kerana jelas sekali tindakan orang tua tersebut tidak boleh diterima akal.. Seorang lelaki tiba2 bersuara " Eh bodoh ke orang tua dan anaknya tu.. Keldai 2 untuk ditunggang bukannya untuk dikendong.. Sudah ada kemudahan tidak pula digunakan.. Kini mengertilah si anak apa yang dikatakan ayahnya awal tadi.. Apa sahaja yang kita lakukan pasti akan diperkatakan orang tidak kira lah samaada baik atau buruk perlakuaan kita itu..
Kesimpulannya di sini, kita dapat lihat bahawa manusia lumrahnya memang suka berkata dan mengata.. Mulut manusia juga umpama belati tajam yang bisa menguris mana2 hati.. Jika kita telah membuat sesuatu keputusan yang betul2 kita rasakan rasional.. Teruskan lah dengan tindakan kita.. Jika tindakan kita betul hiraukan apa sahaja orang nak kata.. Kerana mungkin tanpa kita sedari kita juga pernah mengata dan menguris mana2 hati.. Jadi renung-renungkan lah..

Friday, July 10, 2009

PANAS HATI!!!

Chakkk!!!
Panas siot ati lau camni.. Nak tau x sbb pe?? Nie sume gara2 dak2 baru semester satu yang masuk terlebih awal sebulan.. Ak pon x paham sbb ape tp yang penting ak rasa macam x rasional je.. Sistem mangkuk ape ntah yang dorang gna ni.. Menyusahkan orang je.. Bkan ak sorang yang ckp cam2 rmai lg dak2 laen yang cakap sistem nie ntah pape.. Bagi mereka2 yang x bergelar rakan siswi/siswa ataupon AJK mereka mungkin x faham perasaan bengang ak.. Tapi pada sesiapa rakan sejawat ak mesti dorang tau perasaan ak.. Bayangkan lah dah la kami yang rakak siswi nie terpaksa korbankan cuti semester.. Membe2 len sedap je lepak kt umah.. Siap leh keje lagi tambah wit sikit.. Ak nk keje pon terbantut dah kena balik ktn plk tengah2 cuti nie..
Itu xpe lah dah memang ak kena bagi komitment la pada benda2 macam 2 kan.. Dah ak sbgai rakan siswi kena la terima benda2 camni.. Tapi ad yang ak bengang 2 ad diantara mereka yang hantar msg kt ak n sesetengah mereka yang terkena suh datang awal sehari.. Sepatutnya ak kna daftar 4 hari blan dalam laman web poli ak pon dah tulis cam2.. Tapi ble sampai msg suh dtg sehari awl ak pk atas arahan felo la.. Tapi rupe2nya arahan mangkuk yang gle kuasa.. Nth la bg ak mangkuk 2 mmg gle kuasa.. Biasala kan lam sistem pentadbiran camnie mesti ad sorang due yang mangkuk.. Dah la xda sediakan makanan.. Ktowg kan daftar sehari awl mana ad sedikan makanan tok rakan siswi lagi.. Malam 2 plk tetiba blackout.. Nseb bek lam bilik ak rmai..
Tadi 2 dah satu peristiwa panas ati.. Nie masuk lagi peristiwa angkara mangkuk yang sama jgk.. Ada sesetengah rakan siswi yang akan stay kat kamsis termasuklah mangkuk 2.. Tapi kebanyakan rakan siswi nak balik la kan.. Watpe plak melepak kt kamsis 2 mcm xda arah je.. Jadi ramaila yang dah bli tiket nak balik pada hari ahd sebab orentasi abeh petang sabtu.. Tapi disebabkan tindakan mangkuk yang gle kuasa 2 tak berbincang dulu ngan owg len n wt keputusan sendiri dan menyusahkan sume owg.. Die suh AJK yang dah bli tiket hari ahd tukar tiket ke hari isnin.. Senang je die ckp cam2 dah la nk tukar tiket kna tambah wit.. Ad membe ak yang kena sampai 12 inggit sebab tukar tiket.. Lau dapat claim xpe gak.. Dah la korbankan masa, tenaga, duit lagi.. Mmg raami yg benggang ngan die tp x leh nk kata pe la sbb di mmg ad jwatan agk tinggi lam kamsis 2.. Nseb bek x dpt jawatan paling tinggi.. Lau x ak x tau la macam mna plk die gne kuasa veto die 2..
Kesimpulannya kat sini lau ad kuasa dalam satu organisasi 2.. Jangan la gune sampai menyusahkan owg len.. Fikir la jgk keadaan orng len.. Kite kan mempraktikkan sistem demokrasi.. Ad hak bersuara dan berbincang.. Fikir2 kan lah..

Tuesday, June 30, 2009

C.I.N.T.A

Chakkk!!!

C.I.N.T.A....
Apa itu cinta.. Setiap individu punya pengertian tersendiri.. Sedangkan pelajar sekolah rendah sendiri tau apa itu cinta.. Namun mereka masih belum mengerti apa makna cinta yang sebenarnya.. Jangan kata budak sekolah rendah kadang2 mereka yang dah matang dan mampu berfikir secara waras juga belum betul2 memahami makna cinta yang tersirat.. Adakalanya cinta disalah erti?? Terpulang pada mereka sendiri yang menerima dan memberi cinta..
Cinta itu ibarat api dalam sekam yang membakar dalam diam.. Andai terleka sekam yang membakar mungkin memamah jiwa tanpa disedari.. Ada juga yang mengatakan cinta ibarat api.. Bermain dengan cinta umpama bermain dengan api.. Jika bijak mengawalnya maka dapat mengelakan tragedi namun tika alpa akan memusnahkan diri sendiri..
Tapi bagi mereka yang asyik dalam dunia cinta mereka lebih mengejar fantasi dari yg realiti.. Tak snggup menghadapi dunia yang nyata dan lebih rela lena diulit mimpi dalam dunia fantasi ciptaan sendiri.. Mungkin tanpa mereka sedari api cinta yang dicipta makin membakar diri??
Ada juga yang mengatakan tak salah bermain dengan api andai tahu menjaga diri supaya tidak terbakar jiwa di kemudian hari.. Namun ada juga diantaranya tidak sanggup lagi memetik walau hanya pemetik api.. Katanya takut terbakar lagi cukuplah hanya sekali.. Sampai begitu sekali takutnya dengan api cinta kerana pernah kecundang dan terluka.. Tak salah kalau mencuba lagi tak bererti gagal sekali akan jatuh sekali lagi.. Setiap manusia dicipta punya perasaan kasih, sayang dan cinta dan kita sebagai manusia harus menghargainya..
Ada juga mereka yang mengatakan cinta menuntut pengorbanan, keikhlasan, kejujuran dan kesetiaan.. Bila direnung ada betulnya.. Cinta memerlukan pengorbanan.. ramai antara mereka yang sanggup berkorban apa sahaja demi cinta.. Bukan sahaja pengorbanan malah ada yang terkorban gara2 cinta.. Hebat sungguh penangan cinta..
Namun cinta bukan sahaja dilihat dari sudut yang negatif.. Kuasa cinta juga mampu membuatkan insan lebih positif.. Adakalanya kuasa cinta mampu membuatkan seseorang menjadi yang terbaik untuk insan yang mereka sayangi.. Cinta bukan sahaja menunutut pengorbanan malah mengajar erti kejujuran dan kesetiaan..
Sebenarnya cinta punya cabang tersendiri.. Terpulang pada individu menentukan cabang mana yang menjadi pilihan..

Monday, June 22, 2009

Di Chini!!!

Chakkkk!! hah nie ak nak cte nie.. sem lepas masa 2 bulan 4 tapi ak tak ingat tarikh la.hehe.. ak telah mengikuti satu program ank angkat di chini.. peh memang best.. xrugi ak folow.. pada mulenye ak mmg berat sangat nk ikut.. tapi xnak menghampakan k.yu, k.muni, n lepuk ak folow la.. tapi berbaloi wa ckp lu..

Sampai je kt sana ktowg disambut mcm pengntin siap dgn kompang 2.. pas2 ad persembahan nasyid oleh 0wg kampung 2 kemudian berlansunglah program penyerahan ank angkat.. masa 2 ak tau sgt masing2 berdebar nak tggu spelah mak n ayh angkat die.. akhirnya nma ak n lepuk pon dipanggl nek.. maknanya ak ngn lepuk dah jd adk bradk angkat lah.. Huh lepuk ngan ak dah la asik nk gado je.. tapi nie kan umah mak angkt kna tunjuk bek cket hehe..rupe2nya ibu angkat ak 2 salah sowang mak ck yang nasyid td.. ibu angkat ak 2 ketua nasyid woo.

Ptg 2 kami dibawa melawat kandang ternakan lembu dan ladang drogon fruit..
kt kandang lembu kami diberi penerangan serba sedikit mengenai operasi di kandang.. sebahagian lembu dilepaskan bebas dan sebahagian dikurung dalam kawalan.. lembu2 tersebut akan bergilir2 dilepaskan dan dikurung.. lembu yang sihat akn dijual..ad 2 ekor lembu bak kata pak ck 2 baka baek punye hehe.. dikenali sebagai pak tam dan pak teh sbb sekor htam sekor putih..

Nie nak cte esoknya plak.. hah lg best.. ktowg g tasik chini nek bot.. kat sungai chini ad satu tempat siap ad singbord 2 tulih lubang ular.. bak kata pk ck yang bawak bot 2 dulu ad cte pasal ular besr kua dr lubang 2.. kan tasik chini terkenal dgn mitos naga tasik chini.. nak percaye atau tdk terpulang lah pada individu itu sendiri.. ptg plak ktowg ad sukaneka n pertandgan bola jaring dan futsal antara penduduk kg dan warga polisas.. mmg hapening dan yg paling bestnye pk ck mk ck kt situ mmg sporting habis..

Malam 2 plak ktowang ad malam kebudayaan.. bse la lau malam kebudayaan mesti ad persembahan kan.. so mcm2 la persembahan yg ad boria la.. tarian sabah lah chiken danse la tapi yang paling menarik persembahan giler dari belia kg.. dowang jadi hantu!! abeh bingit satu dewan degan jeritan gadis2 penakut haha.. ble ak tanya kat bdak kat situ die ckp 2 mmg persembahan istimewa belia kg untuk setiap program ank angkat.. tapi mmg best len dr yg len..

Esok menjelma juga..pagi tue ktowang ad gotong royong bersihkan kawasan kg.. dh penat merayau stu kg ktowng mnum air kelapa muda fresh 2 dr pokok best.. dah abeh gotong royong tibalah wk2 untuk berangkat pulang.. ktowng ke dewan tok mjlis penutup plak.. time 2 mlela sedih2 ad yng nanges la sebak la yng x nek ats pentas lg dah nanges pon ad hehe..

Pape pon ak seronok kat sna.. kt sana ak lebih mengenali mereka2 yng ak tak kenal sgt antaranya ialah abg nik yg dulu ak x ske sebenarnya ak nmpk die mcm sombong je.. tp ble dh knal bru ak tau a.nik 2 xla sombong mana sronok gak lepak borak2 ngan die.. ak knal ngan a.zam yang slalo ckp ak comey hehe.. ak bkan prasan taw tp dah mmg btul kt a.zam 2 haha.. x lupe jgak kt a.katak yg kejar ak ngan katak masa kt ladang dragon fruit 2.. padan muke die kna kencing katak.. hah a.daniel yng best jga ak n da geng mcm abg.. last but not least buat a.boy n a.zik trimas sbb ajk adk is g sna lau x, xmerase la ak ke chini dgn pengalaman2 yng best n gempak 2.. sekian la cte ak tentang program anak angkat di chini......

1st blog

Chakkkkk!!! hah akhirnya aku punya blog sendiri.. wah seronok jugak rasenye.. sebelum nie asik baca blog orang je sekarang tiba masanya aku baca blog aku plak.haha.. nie pon pertolongan kwn aku jgk..lau arap aku nk wt sendiri ntah ble2 ntah dpt.. ak nie bru nak berjinak2 dgn dunia it ni..sebelum nie aku blur dgn benda2 mcm nie..tp sekarang zaman dah berubah dunia dah maju sampai ble ak nk tinggal kt blakang kan..disebabkan kesedaran yang ad lah ak mle nak blajar..chewah poyo la.. tapi walaupon ak lambt berjinak2 dalam benda2 mcm nie tp aku rse lom la bsi lg..ntah2 ad owg kt lua 2 lg blur it dari aku..ak tau msti ad lg truk dr ak punye..haha..cukup la ak merepek nie nan ti ak tulih lagi..baru2 nie leks r dulu.. hehe..