Tuesday, July 21, 2009

Kisah dan tauladan..

Chak!!!

Kisah ini berlaku pada zaman dulu2 kala sebenarnya.. Ada seorang bapa bersama seorang anak lelaki dan seekor keldai.. Si ayah berkata kepada anaknya "wahai anakku, kau lihat nanti apa sahaja perlakuan kita pasti akan diperkatakan orang".. Anak yang masih tidak mengerti tercengang-cengang tapi masih menurut langkah si ayah..
Si ayah menyuruh anaknya menunggang keldai manakala ayah berjalan sambil menarik tali keldai.. Apabila tiba di suatu kawasan orang ramai, tiba2 terdengar suara mengatakan " eh tengoklah ank 2 tak berhati perut.. Ada ke patut dibiarkan ayahnya yang tua berjalan sedangkan dia masih muda kudratnya masih kuat enak sahaja menunggang keldai.." Si ayah hanya memandang sepi..
Kemudian si ayah pula menyuruh anaknya menarik keldai manakala ayah menunggang keldai itu.. Tiba pula di satu kawasan masih lagi terdengar suara2 sumbang berbunyi.. Kali ini lain pula iramanya.. "Tak patut betul orang tua 2.. Ada ke anaknya yang kecil disuruh menarik keldai sedangkan die bersenang-senang menunggang.. Tak berperi kemanusiaan sungguh" terdengar satu suara berbunyi.. Si ayah hanya mampu tersenyum..
Si ayah kemudiannya menyuruh anaknya menaiki keldai dan mereka sama2 menunggang keldai tersebut.. Masih juga keadaan yang sama seperti tadi.. Perlakuan mereka masih tetap di perkatakan orang.. Kali ini seorang wanita pula bercakap "Hey ada ke patut kedua2 nya menunggang seekor keldai.. Keldai itu dah la kecil sahaja masakan mampu membawa dua beban sekali gus"..
Akhirnya si ayah mengambil keputusan mengendong keldai tersebut.. Si ayah memengang kaki hadapan manakala anaknya memengang kaki belakang.. Si ayah masih ingin lihat apa lagi yang akan diperkatakan oleh orang sekeliling.. Tentu sahaja melihat keadaan ini orang pasti akn berkata kerana jelas sekali tindakan orang tua tersebut tidak boleh diterima akal.. Seorang lelaki tiba2 bersuara " Eh bodoh ke orang tua dan anaknya tu.. Keldai 2 untuk ditunggang bukannya untuk dikendong.. Sudah ada kemudahan tidak pula digunakan.. Kini mengertilah si anak apa yang dikatakan ayahnya awal tadi.. Apa sahaja yang kita lakukan pasti akan diperkatakan orang tidak kira lah samaada baik atau buruk perlakuaan kita itu..
Kesimpulannya di sini, kita dapat lihat bahawa manusia lumrahnya memang suka berkata dan mengata.. Mulut manusia juga umpama belati tajam yang bisa menguris mana2 hati.. Jika kita telah membuat sesuatu keputusan yang betul2 kita rasakan rasional.. Teruskan lah dengan tindakan kita.. Jika tindakan kita betul hiraukan apa sahaja orang nak kata.. Kerana mungkin tanpa kita sedari kita juga pernah mengata dan menguris mana2 hati.. Jadi renung-renungkan lah..

No comments:

Post a Comment