Tuesday, June 30, 2009

C.I.N.T.A

Chakkk!!!

C.I.N.T.A....
Apa itu cinta.. Setiap individu punya pengertian tersendiri.. Sedangkan pelajar sekolah rendah sendiri tau apa itu cinta.. Namun mereka masih belum mengerti apa makna cinta yang sebenarnya.. Jangan kata budak sekolah rendah kadang2 mereka yang dah matang dan mampu berfikir secara waras juga belum betul2 memahami makna cinta yang tersirat.. Adakalanya cinta disalah erti?? Terpulang pada mereka sendiri yang menerima dan memberi cinta..
Cinta itu ibarat api dalam sekam yang membakar dalam diam.. Andai terleka sekam yang membakar mungkin memamah jiwa tanpa disedari.. Ada juga yang mengatakan cinta ibarat api.. Bermain dengan cinta umpama bermain dengan api.. Jika bijak mengawalnya maka dapat mengelakan tragedi namun tika alpa akan memusnahkan diri sendiri..
Tapi bagi mereka yang asyik dalam dunia cinta mereka lebih mengejar fantasi dari yg realiti.. Tak snggup menghadapi dunia yang nyata dan lebih rela lena diulit mimpi dalam dunia fantasi ciptaan sendiri.. Mungkin tanpa mereka sedari api cinta yang dicipta makin membakar diri??
Ada juga yang mengatakan tak salah bermain dengan api andai tahu menjaga diri supaya tidak terbakar jiwa di kemudian hari.. Namun ada juga diantaranya tidak sanggup lagi memetik walau hanya pemetik api.. Katanya takut terbakar lagi cukuplah hanya sekali.. Sampai begitu sekali takutnya dengan api cinta kerana pernah kecundang dan terluka.. Tak salah kalau mencuba lagi tak bererti gagal sekali akan jatuh sekali lagi.. Setiap manusia dicipta punya perasaan kasih, sayang dan cinta dan kita sebagai manusia harus menghargainya..
Ada juga mereka yang mengatakan cinta menuntut pengorbanan, keikhlasan, kejujuran dan kesetiaan.. Bila direnung ada betulnya.. Cinta memerlukan pengorbanan.. ramai antara mereka yang sanggup berkorban apa sahaja demi cinta.. Bukan sahaja pengorbanan malah ada yang terkorban gara2 cinta.. Hebat sungguh penangan cinta..
Namun cinta bukan sahaja dilihat dari sudut yang negatif.. Kuasa cinta juga mampu membuatkan insan lebih positif.. Adakalanya kuasa cinta mampu membuatkan seseorang menjadi yang terbaik untuk insan yang mereka sayangi.. Cinta bukan sahaja menunutut pengorbanan malah mengajar erti kejujuran dan kesetiaan..
Sebenarnya cinta punya cabang tersendiri.. Terpulang pada individu menentukan cabang mana yang menjadi pilihan..

No comments:

Post a Comment